Dialog Cinta: Kalau Berpacaran Jangan Tunggu Lama-lama (Slot 1)
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
Dengan nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Maha Suci
Allah yang telah menciptakan makhluq-Nya berpasang-pasangangan demi
kesinambungan zuriat makhluq-makhluqNya. Selawat dan salam buat Nabi
junjungan yang telah menunjukkan contoh teladan yan baik buat semua
manusia, para sahabat-sahabat baginda yang mulia, para tabi'ien, para
salafussoleh yang telah merealisasikan kehidupan yang diredhai Allah dan
sekalian para pengikut Baginda SAW hingga yaumul Qiyaamah.
Pertama sekali diucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur program
Dialog Cinta: Kalau Berpacaran Jangan Tunggu Lama-lama di atas jemputan
dan layanan kalian...
Dikesempatan ini, saya cuba untuk meringkaskan segala persoalan dan pertanyaan dalam forum tersebut dalam bentuk artikel bertulis... mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu merungkaikan persoalan yang bermain-main di minda kita selama ini...
Indah sungguh Dewan Resital
Lagi indah layanan warga penganjur
Diganding bersama Imam Muda Fakhrul & Ustaz Syahir menjadi panel
Terima Kasih diucapkan dan kepada-Nya ku bersyukur
Dikesempatan ini, saya cuba untuk meringkaskan segala persoalan dan pertanyaan dalam forum tersebut dalam bentuk artikel bertulis... mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu merungkaikan persoalan yang bermain-main di minda kita selama ini...
Sebut tentang couple... ramai yang akan tersipu-sipu malu...kerana dalam
hati sudah ada taman bunga... disebut tentang couple, ada juga yang
rasa "tak de apa pada couple"...Disebut tentang couple, ramai yang ingin
mencuba, nak try & error... try test... best ke tidak... (^_^)
Hakikatnya, fitrah manusia ingin bercouple. Ingin berpasang-pasangan.
Ingin bercinta, ingin menyintai dan dicintai, ingin dikasihi dan
mengasihi... Maka itu ISLAM telah menunjukkan jalan yang terbaik untuk
menyalurkan naluri fitrah manusia ke arah yang lebih diredhoi iaitu
melalui PERNIKAHAN...
Pernah tengok drama Nada Cinta? Cinta Melody? Cinta Kirana? Di Astro... Antara 3 buah sinteron Indonesia yang sangat diminati dan digilai oleh para remaja termasuk mak remaja (^__^) Cinta Kura-kura? ...Azura 2012?
Semua drama-drama ini tanpa sedar telah memasukkan "jarum halus" ke
minda masyarakat... Sehingga istilah couple sebelum nikah,
berpasang-pasangan sebelum nikah diterima baik dan menjadi budaya orang
Islam yang kurang memahami Islam.
Lagu Adik Najwa Latiff yang masih muda remaja... kini sangat popular dengan lagu "Cinta Laman Muka Buku"
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda dan suruh aku terima kamu kamu
Ooh... Hati ku rasa sesuatu...
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku...
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu ...
Ooh Kenakah rasa itu...
Aduiiiiiih... bukan main lagi lagu ni... bukankah lagu ini menunjukkan
bagaimana seawal remaja sedang melakukan muqaddimah untuk
berpasang-pasangan??? Sama-sama kita fikirkan...
Soalan tentang apakah hukum bercouple telah acapkali ditanyakan kepada
ramai para 'ulama. Antara yang ditanya ialah Mantan Mufti Selangor iaitu
Dato' Ishak Baharom. Beliau mengatakan bahawa hukum bercouple , bercinta sebelum bernikah yang sekarang diamalkan oleh muda-mudi mutakhir ini adalah HARAM ... Kenapa haram??? oh noo...
Ini kerana naluri cinta yang merupakan fitrah telah mengundang pelbagai
fitnah... Budaya couple yang biasa dilakukan oleh masyarakat zaman
sekarang adalah budaya barat, budaya orang yahudi, org Nasaro... Kenapa?
Dengan bercouple, ramai pasangan tanpa segan silu berpegang tangan,
keluar tanpa ditemani dengan mahram, duduk berdua-duaan di tempat yang
gelap dan sunyi...Ada yang tanpa segan silu juga duduk satu motor... Si
gadis membonceng motor si jejaka... Bila dah duduk dekat-dekat, nafas
pun makin tersekat, lama-lama semakin nak dekat, TERpeluk rapat-rapat...
tup-tup tunggu 3 bulan , perut si gadis sudah membulat... Na'uzubillahi
min zalik...
Perkara inilah yang Islam nak elakkan iaitu PENZINAAN. Sebab itu Islam
menutup Muqaddimah Zina iaitu berpasang-pasangan ini dengan ikatan nikah
yang sah...
Bila duduk berdua-duaan ni, banyak yang menjadi mangsa... antaranya
tempat para pasangan ini berdating... menjadi mangsa luahan
cinta...Menjadi mangsa pengabdian cinta mereka...
Redhwan Love Jabirah = Rejab
Ramlah Love Hamdan = Ramadhan
Syasha Love Awalan = Syawal
Kerusi ke, pokok ke, batu ke, tempat rekreasi ke... semuanya kenal dengan mereka yang berpasang-pasangan ini... Kesian mereka... Ditoreh dan diconteng...
Firman ALlah SWT (maksudnya):
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat"
(Surah Al-Isra':32)
Ketahuilah muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...
Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, Haram
hukumnya menurut Ijmak 'Ulama walaupun sudah bertunang. Bertunang bukan
tiket untuk setiap pasangan duduk berdua-duaan. Nak jumpa dengan
pasangan, yang penting ada mahramnya... Nak bawa pasangan naik kereta,
boleh, janji sebelah pemandu kereta tu bakal pak mertua. Nak bawa si dia
tengok wayang, boleh janji yang duduk di tengah tu bakal nenek/ pak
mertua... Nak bawa pasangan ke restoran hebat-hebat atau tak pun gerai
mamak je... boleh , yang penting duduk di tengah-tengah antara pasangan
ialah bakal pak/ mak mertua.. Nak suap-menyuap... suap pak mertua dulu. Nak suap pasangan , pas nikah nanti (^__^) baru nikmat.Bahagia gitu... heeheehehe
Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani mahramnya"
Dalam hadis Nabi Muhammad SAW telah direkodkan oleh Muslim:
"Tiada harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya"
Dalam Hadis ini Imam Nawawi menjelaskan haram berdua-duaan antara lelaki
dan wanita bukan mahram sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam
tanpa ditemani oleh mahram...
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Agak-agaklah ye... berapa umur/ usia yang sebenar atau yang sesuai untuk seseorang itu bernikah???
Zaman dulu orang bernikah muda. Si gadis berusia 13 tahun, si jejaka
berusia 16 tahun. Jadi masa ni memang produktif. tiap-tiap tahun boleh
beranak. Sebab tu ada yang dapat anak sampai 15- 18 orang... Zaman
sekaran ni banyak sahaja halangan untuk berkahwin muda. Remaja sekarang
habis SPM pun dah umur 17 tahun. Nak sambung belajar lagi. Keluar dari
Ijazah, umur dah 22 @ 23 tahun... nak cari kerjaya tetap lagi... betul
tak???
Sebenarnya... Umur ni tak penting sangat ... Yang penting adalah
KEMAMPUAN... Tapi sekarang kadang-kadang orang tengok juga umur ni...
Muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...
Kemampuan ni terbahagi kepada dua iaitu kemampuan pertama dari segi
kewangannya...(istilah lain NAFQAH ZAHIR)...agak kalau kahwin usia muda
dapat dan mampu menyara keluarga bolehlah berkahwin...Sebab bila dah
kahwin ni, seorang lelaki kena fikir nak bagi makan anak isteri,
pakaian, tempat tinggal, sewa rumah, bayar bil elektrik, bile air,
pampers anak lagi, susu anak lagi... Banyak yang kena fikir...
Kemampuan yang kedua lagi tu... dari segi kemampuan berdaya majunya
seseorang itu melayari rumahtangga... Contohnya kalau kita seterika tali
leher tu, tali leher tu boleh naik lurus ke atas... insha'ALlah berdaya
maju lah orang itu.. tapi kalau dituang air panas pun tak bergerak tali
leher tu, maka orang macam ni... elok fikir dua kali nak kahwin...
kesian dengan pasangan...Jangan lukai hati pasangan (^_^)
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah..
Jika kita soroti Sunnah Nabi Muhammad SAW, Baginda bernikah dengan
Saidatina Khadijah Binti Khuwailid ialah pada ketika Baginda berusia 25
tahun sedangkan Saidatina Khadijah berusia 40 tahun. Di sini sudah
menunjukkan bahawa jarak usia yang berbeza antara lelaki dan wanita itu
bukan halangan untuk mencapai kebahagiaan. Yang penting ikatan
pernikahan itu dibina berlandaskan ketaqwaan kepada ALlah. Isteri adalah
amanah buat suami.... Maka berkahwinlah walau usia muda yang penting
kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda (mafhumnya):
"Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu berkahwin maka
berkahwinlah. Maka sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan mata dan
lebih terpelihara bagi kemaluan. Sesiapa yang tak mampu maka hendaklah
dia berpuasa kerana ia adalah benteng kepadanya"
(Hadis Riwayat Bukhari)
Kalau rasa dalam tempoh study ni, ada keinginan nak kahwin tapi rasa tak
mampu lagi nak bagi nafqah zahir... Maka eloklah berpuasa kerana itulah
petunjuk yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita... Jangan pula
ada yang melakukan onani demi memuaskan nafsu ini kerana ramai 'ulama
menjatuhkan hukum haram beronani ... Untuk hidup lebih berkat maka
berkahwinlah di usia muda, jika mampu (^__^)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar